![]() |
PENGURUSAN DALAM ISLAM
KONSEP AL-ADALAH (KEADILAN) DAN KEPENTINGANNYA.
JABATAN PERDAGANGAN
PROGRAM: DIPLOMA AKAUNTANSI
SUBJEK: PENGURUSAN DALAM ISLAM
NAMA KUMPULAN PDI;
JABATAN PERDAGANGAN
PROGRAM: DIPLOMA AKAUNTANSI
SUBJEK: PENGURUSAN DALAM ISLAM
NAMA KUMPULAN PDI;
1. Ahmad Syazmer Bin Noorman (02DAT18F1038)
2.Muhammad Hafiz Bin Zahid (02DAT18F1044)
3.Muhammad Rahimi Bin Roslan (02DAT18F1070)
4.Ahmad Firdaus Hikmi Bin Abu Bakar (02DAT18F1050)
5.Muhammad Harith Arif Bin Ahmad Razlan (02DAT18F1060)
6.Muhammad Hazim Bin Mazlan (02DAT18F1082)
7.Ahmad Aiman Bin Mohd Suhaimi (02DAT18F1124)
NAMA PENGAJAR: PN. Wan Ruswani Binti Wan Abdullah.
KELAS DAT 2C.
Dalam topik Pengurusan Dalam Islam, yang kita akan pelajari pada hari yang mulia ini adalah tentang 'Al-adalah'. Kebanyakkan perkara ini pernah disebut-sebut sejak di zaman persekolahan kita lagi kerana kita pernah belajar tentang al-adalah di sekolah. Bukan itu sahaja segala gerak geri dan perbuatan kita ataupun segala kehidupan harian yang kita selalu buat boleh dikaitkan dengan al-adalah. Kita hanya tidak perasan sahaja!!!
Oleh begitu, saya dan rakan saya akan cuba untuk memberikan segala maklumat yang berkaitan al-adalah ini supaya anda semua dapat mengenali maksud dan kepentingan yang selanjutnya. Sebab itulah blog ini diwujudkan supaya anda semua faham dan memahami apakah itu al-adalah?
SURAH AL-NAHL AYAT : 90.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya".
KELAS DAT 2C.
PENGHARGAAN:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua orang yang sudi melawat laman web ataupun blog kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana suka melawat blog kami walaupun sekejap. Kami ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah kami yang mengajar Subjek Pengurusan Dalam Islam iaitu Pn. Wan Ruswani Binti Wan Abdullah yang telah memberikan bimbingan yang sepenuhnya kepada kami dan juga membenarkan kami untuk mencipta sebuah blog yang cukup menarik sekali berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada rakan sekumpulan saya yang memberi pertolongan yang amat ku hargai sekali dalam menyiapkan blog ini dengan usaha yang telus dan bekerjasama antara satu sama lain hinggalah dapat menyiapkan blog ini dengan selamat dan sempurna. Terus ke topik utama kita iaitu berdasarkan tajuk kami yang telah diberikan merupakan "Al- Adalah" ataupun bermaksud keadilan. Wahhh! sungguh hebatnya nama Al- Adalah ini, betul tak kawan-kawan. Jangan risau dan tidak perlu bersedih wahai kawan-kawan di luar sana kerana saya dan rakan sekumpulan akan memberikan penerangan selanjutnya dan maksud yang mendalam tentang Al-Adalah tersebut. Saya berharap dengan ilmu ini dapat membantu hidup anda di luar sana. Daripada kita berbual kosong baik kita mulakan jeng jeng jeng....
PENGENALAN:
Dalam topik Pengurusan Dalam Islam, yang kita akan pelajari pada hari yang mulia ini adalah tentang 'Al-adalah'. Kebanyakkan perkara ini pernah disebut-sebut sejak di zaman persekolahan kita lagi kerana kita pernah belajar tentang al-adalah di sekolah. Bukan itu sahaja segala gerak geri dan perbuatan kita ataupun segala kehidupan harian yang kita selalu buat boleh dikaitkan dengan al-adalah. Kita hanya tidak perasan sahaja!!!
Oleh begitu, saya dan rakan saya akan cuba untuk memberikan segala maklumat yang berkaitan al-adalah ini supaya anda semua dapat mengenali maksud dan kepentingan yang selanjutnya. Sebab itulah blog ini diwujudkan supaya anda semua faham dan memahami apakah itu al-adalah?
APAKAH KONSEP SEBENARNYA AL-ADALAH (KEADILAN) DALAM ISLAM?
Maksud Al-adalah ataupun kata ringkasnya adalah 'keadilan' atau 'kebenaran'. Selain itu, pengertian Al-adalah (keadilan) dari segi bahasa "meletakkan sesuatu pada tempat" Disamping itu,Pengertian Al-adalah (keadilan) dari segi istilah pula "meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah syariah dan akhlak serta dengan sumber Al-quran dan As-sunnah.
Menurut kata daripada Al-Mawardi mengatakan Al-adalah juga bermaksud bercakap benar,jujur,jelas,menjauhi segala perkara haram dan dosa,memelihara diri daripada melakukan dosa seperti maksiat dan sebagainya atau mengkhianat,pecah amanah atau bersubahat dengannya.
Terdapat satu surah yang mengatakan al-adalah iaitu surah al-nahl ayat yang ke-90. Seperti yang dibawah berikut;
SURAH AL-NAHL AYAT : 90.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya".
APAKAH KEPENTINGAN AL-ADALAH DALAM PENGURUSAN ORGANISASI?
(A) Terdapat 3 jenis bentuk Al-adalah (keadilan) iaitu;
1) Keadilan dalam bentuk bersamaan.
- Keadilan dalam bentuk bersamaan ini bererti sesebuah organisasi mestilah melaksanakan keadilan dalam bentuk persamaan iaitu mendapat bonus tahunan,hak bercuti dan lain-lain.
- Contohnya, semua kakitangan kerajaan ataupun swasta hendakalah membayar gaji pekerja pada hari yang telah ditetapkan dan adil.
2) Keadilan dalam bentuk berbeza.
Keadilan dalam bentuk berbeza pula bermaksud semua pekerja berhak diberi gaji oleh majikan mereka sendiri, walaupunbagaimanapun terdapat perbezaan dalam jumlah gaji yang diberikan oleh majikan mereka tersendiri. Contohnya, jumlah gaji yang diberi adalah berbeza mengikut kepakaran, kemahiran dan profesion masing-masing.Selain itu, kebiasaannya gaji swasta diberikan kepada pekerja adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji kerajaan.
3) Keadilan dalam bentuk istimewa.
Keadilan dalam bentuk istimewa bermaksud hak istimewa yang disumbangkan oleh individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya yang diberikan kepada sebuah organisasi. Contohnya, bos besar boleh menetapkan peraturannya di pejabatnya sendiri demi kebaikan jabatannya daripada sebaliknya.
(B) Kesan buruk jika tidak mengamalkan Al-adalah dari segi;
1) Negara.
2) Masyarakat.
3) Individu.
1) Negara;
a. Akan berlakunya ketidakadilan dalam sebuah pentadbiran Negara.
b. Akan berlakunya satu pemberontakan yang besar terhadap pemimpin atasan kerana tidak mentadbir negara secara adil.
c. Negara akan menjadi mundur dan kucar-kacir.
d. Maruah negara islam akan dipandang remeh dan dihina oleh negara barat yang bukan beragama islam.
2) Masyarakat;
a. Masyarakat setempat akan berpecah belah kerana tiada mempunyai sikap keadilan dan perpaduan dalam diri.
b. Akan melahirkan sebuah masyarakat yang tidak mengenal perkataan adil seperti mengambil barang orang lain, berlakunya riba dalam perniagaan yang berleuasa.
c. Akan melahirkan sebuah masyarakat yang kehilangan kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin.
d. Akan melahirkan masyarakat yang ego untuk mendengar pendapatnya masing-masing.
3) Individu;
a. Hidup dalam keadaan yang tidak aman dan sengsara.
b. Tidak mendapat penghormatan daripada orang lain kerana hilang kepercayaan.
c. Hidup tidak diredhai oleh allah s.w.t..
d. Selalu pecah amanah dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
(C) Al-adalah (keadilan) boleh dilakukan dan dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti perkara yang dibawah;
- Keadilan dalam membuat sesuatu keputusan.
- Keadilan dalam bentuk pengucapan.
- Keadilan terhadap allah s.w.t..
- Keadilan dalam bentuk timbang dan ukur.
- Keadilan terhadap pengurusan harta.
- Keadilan kepada manusia/masyarakat yang tidak sependapat.
- Berlaku adil terhadap makhluk lain.
- Berlaku adil terhadap orang/manusia.
1) Keadilan dalam membuat sesuatu keputusan:
Kita sebagai insan manusia yang berakal, haruslah berfikiran matang sebelum membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, kita seharusnya melihat dalam pelbagai aspek sebelum membuat keputusan supaya untuk mengelakkan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kita berasa menyesal seumur hidup. Contohnya, Rasulullah telah memberi teladan pada zaman baginda iaitu Usamah bin Zaid datang berjumpa dengan rasulullah untuk meminta meringankan hukuman wanita dari Bani Makhzumiyah yang suka mencuri hak harta orang lain. Namun begitu, Rasulullah tetap berteguh hati untuk memotong tangan wanita tersebut supaya untuk menegakkan keadilan.
Terdapat satu surah yang dapat dikaitkan iaitu surah al-nisa ayat yang ke-58. Seperti yang dibawah berikut;
SURAH AL-NISA AYAT : 58.
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa melihat."
Terdapat satu surah yang dapat mengaitkan dengan keadialn terhadap allah s.w.t. iaitu surah al-an'am ayat yang ke-1. Seperti yang dibawah berikut;
SURAH AL-NA'AM AYAT YANG : 1.
"Segala puji bagi allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan tuhan mereka."
Terdapat satu surah yang dikaitkan dengan keadilan dalam bentuk timbang dan ukur iaitu surah Al-isra ayat yang ke-25. Seperti yang dibawah berikut;
SURAH AL-ISRA AYAT : 25.
"Rabbmu telah mengetahui apa yang ada dalah hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, sesungguhnya ia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat".
Seperti yang dijelaskan dalam al-quran iaitu surah Ar-rahman ayat yang ke-50:7 hingga 90.
E) Hikmah berlakunya sifat al-adalah (keadilan) iaitu;
a) Sifat al-adalah (keadilan) dijadikan peribadi yang beriman dan bertaqwa kepada allah s.w.t. kerana adil satu-satunya cara lebih dekat untuk bertaqwa.
- Terdapat satu surah Al-maidah ayat yang ke-8. Seperti yang dibawah berikut;
KESIMPULAN:
Islam itu adalah mudah dan islam tersebut merupakan satu agama persamaan dan keadilan. Allah s.w.t. bersifat adil terhadap semua hambanya yang hidup di muka bumi ini. Banyak al-quran telah menyebut tentang "keadilan". Keadilan amat penting dalam kehidupan kita kerana jikalau kita pinggirkannya, maka ia dianggap satu dosa. Keadilan ini merupakan satu asas kepada kehidupan bermasyarakat dalam islam. Konsep keadilan ini boleh diamalkan oleh semua orang tidak kiralah ayah,ibu,adik,suami,isteri,jiran dan sebagainya.Oleh itu, kata terakhir saya adalah tidak kira macam mana sekali pun hidup kita mestilah mengingati allah s.w.t dan insyallah kita tidak akan melakukan perkara sebaliknya. Sekian Terima Kasih daripada kami. Mudah mudahan dengan ilmu kami bagi ini dapat membantu hidup anda kalian. Jangan risau allah sentiasa berada disisi kita.
BAHAN RUJUKAN:
1.Buku Pengurusan Dalam Islam (Asmahan Mokhtar / Nurshahiza Mohamad Isa)
2.Buku Teks Agama Islam (Dewan Bahasa dan Pustaka)
3.Buku Keadilan Dalam Sosial (Prof. Dr. Hamka)
4.Surat Khabar Metro
5.Links Laman Webs:
2) Keadilan dalam bentuk pengucapan:
Pengertian keadilan dalam bentuk pengucapan adalah untuk (individu) menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan-golongan yang tertentu mengikut penerimaan kemampuan mereka. Contohnya, Rasulullah menyampaikan sebuah dakwahnya secara berhemah iaitu menyampaikan sesuatu perkara yang berfaedah kepada semua orang kerana setiap kata-kata baginda yang disampaikan adalah benar kerana Rasulullah bersifat Al-amin.
3) Keadilan terhadap allah s.w.t:
Kita sebagai hamba allah, kita tidak boleh sesama sekali untuk mensyirikkan kepada Allah s.w.t. iaitu dengan mengakui kewujudan tuhan lain selain daripada allah. Selain itu, kita perlu tahu bahawa dosa syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak akan diampuni oleh Allah s.w.t.. "Dalam pada itu yang kafir menyamakan (sesuatu yang lain ) dengan tuhan mereka". Contohnya, seorang hamba allah (individu) mengakui dirinya adalah sebagai tuhan. Contoh lain boleh dikaitkan dengan zaman firaun yang mengakui bahawa dirinya adalah tuhan kerana menganggap dirinya mempunya kuasa yang mutlak di atas muka bumi ini.Terdapat satu surah yang dapat mengaitkan dengan keadialn terhadap allah s.w.t. iaitu surah al-an'am ayat yang ke-1. Seperti yang dibawah berikut;
"Segala puji bagi allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan tuhan mereka."
4) Keadilan dalam bentuk timbang dan ukur:
Keadilan dalam bentuk timbang dan ukur mengaitkan dengan perniagaan. Sesuatu perniagaan yang melibatkan konsep timbang dan ukur ini hendak sebaik-baiknya menjauhkan dari berlakunya penyelewengan terhadap nilai timbangan dan ukur ini. Contohnya, dalam situasi " Mak cik Abuja Jahal ingin pergi ke pasar tani untuk membeli ayam 2kg dan penjual tersebut mengambil kesempatan menimbang ayam tersebut lebih 1kg.Terdapat satu surah yang dikaitkan dengan keadilan dalam bentuk timbang dan ukur iaitu surah Al-isra ayat yang ke-25. Seperti yang dibawah berikut;
"Rabbmu telah mengetahui apa yang ada dalah hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, sesungguhnya ia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat".
5) Keadilah terhadap pengurusan harta:
Keadilan terhadap pengurusan harta ini khususnya adalah untuk memelihara harta anak yatim piatu. Kita dilarang sesama sekali untuk mengambil atau menggunakan harta anak yatim piatu sehinggalah mereka besar (dewasa). Contohnya, situasi dalam membahagikan harta pusaka, maksud keadilan adalah untuk memberi hak kepada seseorang waris bersesuaian dengan kedudukan, status dan tanggungjawab mereka dalam keluarga, masyarakat, negara, agama dan sebagainya.
6) Keadilan kepada manusia/masyarakat yang tidak sependapat:
Sebagai umat islam yang berakal, hendaklah bersikap menghormati dan menghargai jasa dan pendapat orang lain. Dalam islam kita dituntut untuk menghargai pendapat orang lain. Contohnya, sebagai seorang pemimpin hendaklah mengadakan sebuah mesyuarat supaya mendengar suara majoriti pendapat orang lain agar tidak akan berlakunya pergaduhan, rusuhan dan persilisihan faham antara satu sama lain.
7) Berlaku adil terhadap makhluk lain:
Berlaku adil terhadap makhluk lain bermaksud untuk menempatkan pada tempat yang sesuai, misalnya adil pada semua jenis binatang haruslah menempatkan di tempat yang layak menurut kebiasaan binatang tersebut. Contohnya, kita mestilah memberi kasih sayang dan merawat haiwan/binatang ataupun tumbuhan. Apabila kita memelihara haiwan seperti burung atau kucing , maka kita hendaklah berbuat adil kepada haiwan diantaranya merawat dengan sebaiknya, memberikan makan dan minum setiap hari tidak menyeksanya terhadap haiwan/binatang dan lain-lain.
8) Berlaku adil terhadap orang lain:
Keadialan terhadap orang lain bermaksud menyepurnakan hak mereka dan melaksanakan hukum secara adil dan saksama antara mereka, membela orang yang dicaci atau dianiayai dan menghukum orang yang bersalah dalam sesuatu. Dalam islam telah mengajar kita bahawa semua orang mendapat perlakuan yang sama dan sedarjat dalam hukum. Islam juga tidak ada untuk menghukum seseorang kerana perbezaan kulit, status, sosial, ekonomi atau politik. Contohnya, berlaku adil kepada orang lain iaitu tidak menghukum orang (pesalah) dengan secara berlebihan. Contoh situasi seorang hamba allah di bawak di mahkamah kerana mencuri duit orang dan dihukum penjara 15 tahun. Mengikut situasi tersebut kita haruslah menghukum individu dengan cara yang adil dan saksama mengikut kesalahan mereka yang telah dibuat.
(D) Terdapat beberapa artikel-artikel yang merujuk kepada Al-adalah (keadilan iaitu;
- Erti al-adalah (keadilan) dalam kehidupan islam.
- Keistimewaan mempunyai sikap al-adalah (keadilan).
1) Erti al-adalah (keadilan) dalam kehidupan islam:
Maksud al-adalah (keadialn) sering dikata-katakan sebagai sikap moderat dan objektif terhadap orang lain dalam memberikan hukuman. Selain itu, ia juga mempunyai persamaan dan keseimbangan dalam memberikan hak kepada orang lain tanpa berat sebelah.
Seperti yang dijelaskan dalam al-quran iaitu surah Ar-rahman ayat yang ke-50:7 hingga 90.
" Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca (keadilan) supaya kamu jangan melampui neraca keadilan itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu."
Kata-kata al-adalah (keadilan) sering disinonimkan dengan kata lain iaitu al-musawah (persamaan) dan al-qisth (moderat/seimbang). Dalam bahasa melayu iaitu antonim merupakan bermaksud kata lawannya. Kata lawan al-adalah (keadilan) adalah kata zalim.
2) Keistimewaan mempunyai sikap al-adalah (keadilan):
Keistimewaan sikap keadilan ini memberi jaminan kepada sesebuah konsep dalam kehidupan. Sikap adil ini boleh merujuk kepada nilai khairiyyah (kebaikan). Aristotles pula mengatakan bahawa "kebaikan itu berada di antara 2 sikap iaitu sikap kehinaan". Malahan, orang arab mengatakan "khairul umuri ausathuha (sebaik-baik urusan adalah yang paling adil).
Posisi keadilan adalah yang paling bagus kerana dapat menjauhkan diri (individu) daripada perkara bahaya dibandingkan dengan sikap tatharruf.
Sikap keadilan adalah merupakan simbol kekuatan kepada kita. Contohnya, perhatikan dalam jangka usia manusia merupakan usia yang paling dibanggakan adalah kerana diberikan keadilan kepada manusia untuk diberikan peluang untuk melalui usia dengan antara masa usia zaman kanak-kanak dan masa usia zaman dewasa.
E) Hikmah berlakunya sifat al-adalah (keadilan) iaitu;
a) Sifat al-adalah (keadilan) dijadikan peribadi yang beriman dan bertaqwa kepada allah s.w.t. kerana adil satu-satunya cara lebih dekat untuk bertaqwa.
- Terdapat satu surah Al-maidah ayat yang ke-8. Seperti yang dibawah berikut;
SURAH AL-MAIDAH AYAT : 8
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".
b) Jika seseorang individu mempunyai sifat keadilan dalam diri boleh menjadi sebuah pemimpin yang teladan dan sekaligus menjadi pemimpin yang tidak seberat sebelah.
c) Dengan adanya sifat al-adalah (keadilan) akan disegani, dihormati dan dipercayai oleh masyarakat setempat.
d) Dengan adanya sifat keadilan ini boleh menubuhkan kepuasan hati rakyat dan dapat menciptakan sebuah negara yang aman dan harmoni tidak kira dari segi negara,masyarakat dan individu.
e) Dengan adanya sifat keadilan dapat mengeratkan hubungan lagi dengan kaum-kaum lain antara satu sama lain.
f) Allah bersifat adil terhadap hambanya dengan memberikan segala kepada hambanya seperti kejadian siang dan malam, haiwan,manusia, dan tumbuhan.

F) Lampiran-lampiran contoh yang menunjukkan sifat al-adalah (keadilan) iaitu;
KESIMPULAN:
Islam itu adalah mudah dan islam tersebut merupakan satu agama persamaan dan keadilan. Allah s.w.t. bersifat adil terhadap semua hambanya yang hidup di muka bumi ini. Banyak al-quran telah menyebut tentang "keadilan". Keadilan amat penting dalam kehidupan kita kerana jikalau kita pinggirkannya, maka ia dianggap satu dosa. Keadilan ini merupakan satu asas kepada kehidupan bermasyarakat dalam islam. Konsep keadilan ini boleh diamalkan oleh semua orang tidak kiralah ayah,ibu,adik,suami,isteri,jiran dan sebagainya.Oleh itu, kata terakhir saya adalah tidak kira macam mana sekali pun hidup kita mestilah mengingati allah s.w.t dan insyallah kita tidak akan melakukan perkara sebaliknya. Sekian Terima Kasih daripada kami. Mudah mudahan dengan ilmu kami bagi ini dapat membantu hidup anda kalian. Jangan risau allah sentiasa berada disisi kita.
BAHAN RUJUKAN:
1.Buku Pengurusan Dalam Islam (Asmahan Mokhtar / Nurshahiza Mohamad Isa)
2.Buku Teks Agama Islam (Dewan Bahasa dan Pustaka)
3.Buku Keadilan Dalam Sosial (Prof. Dr. Hamka)
4.Surat Khabar Metro
5.Links Laman Webs:
http://islamagama7.blogspot.com/2014/08/prinsip-pengurusan-islam.html?m=1
https://www.slideshare.net/mobile/h_halimatul/prinsip-asas-pengurusan-islam
SEKIAN TERIMA KASIH
Baiklah syazmer
ReplyDeleteTq.. Banyak ilmu sy dapat
ReplyDelete